KUALA TERENGGANU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu semalam dipanggil Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kononnya mereka ditawarkan wang dan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) oleh pihak tertentu jika menyokong Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar yang baru.
Dua Adun terbabit tiba di pejabat BPR di Wisma Persekutuan di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk memberi keterangan berhubung dakwaan masing-masing.
Tindakan itu diambil selepas salah seorang Adun terbabit mendakwa dia ditawarkan wang tunai RM300,000 oleh seorang lelaki yang menghubunginya ketika dalam perjalanan bertemu dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu di Kuala Lumpur pada 14 Mac lalu.
Seorang lagi Adun pula, mendakwa dihubungi seorang bekas Ahli Parlimen di Terengganu menawarkan wang tunai dan jawatan sebagai Exco jika bersetuju menyokong Ahmad sebagai menteri besar.
http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment