KUALA LUMPUR 24 Mac — Senator Datuk Zaid Ibrahim telah melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Zaid Ibrahim & Co (ZICO) dan semua kepentingannya dalam syarikat guaman terbesar di Malaysia itu ekoran pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, ZICO berkata jawatan pengerusi kini disandang oleh Datuk Dr Nik Norzrul Thani, seorang rakan kongsi syarikat itu.
“Datuk Zaid telah meletakkan satu tahap yang tinggi dan saya berazam untuk memenuhi cabaran ini,” kata Nik Norzrul, bekas Timbalan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarbangsa.
ZICO ditubuhkan oleh Zaid pada 1987 dan berkembang daripada hanya seorang peguam menjadi syarikat guaman terbesar di negara ini dengan mempunyai lebih 140 peguam. - Bernama
No comments:
Post a Comment