12 March 2008

Email di terima : Untuk Semua Pemimpin Umno

sonofumno@gmail.com
Dzulkarnain

Saya adalah seorang daripada beribu ahli Umno yang lain ingin menyatakan rasa yang amat kecewa dan sedih diatas apa yang berlaku kepada Barisan Nasional pada PRU12, Saya menyokong penuh kenyataan Tun Mahathir ( yang dikatakan tidak relevan lagi oleh sharir sebentar tadi dalam Buletin Utama), supaya Pah Lah meletakkan jawatan dan lebih bertanggungjawab diatas apa yang berlaku, dan menyerahkan kepada Datuk Seri Najib untuk menerajui Parti Umno dan Kerajaan..siapa kata akar umbi seluruh negara tidak mahu Pak Lah letak jawatan, buatlah bancian kalau tak percaya..mesti majoriti yang mahu beliau menyerahkan tampuk kepada Datuk Najib..janganlah dipandang ringan diatas apa yang berlaku kerana jangan terperanjat jikalau kita akan kehilangan lagi banyak kerusi kepada pembangkang pada PRU13, kerana mereka akan menjadi lebih kuat kerana mempunyai lima kerajaan negeri dan tugas kita akan menjadi lebih sukar selepas ini..so resignlah Pak Lah..saya tak sanggup melihat UMNO berkecai dimasa hadapan..pentingkanlah parti dan bukannya ego..tak salah kalau korbankan sesuatu demi masa depan yang lebih baik..

Pesanan saya 1) Pak Lah - Resign

2) Datuk Najib - Tolong lakukan sesuatu selepas mengambil alih jawatan dan bersikap tegas terhadap pembangkang yang suka buat huru hara, demonstrasi dsb.sumbat jer dalam ISA bila mereka nak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan negara..ini yang Pak Lah tak buat semasa pembangkang buat demonstrasi ( terlalu berlembut dan takut dengan DSAI ) siapa itu DSAI? @$#&. Teruskan perjuangan arwah ayahanda Tun Razak.

3) Tun Mahathir - Teruskan kritikan ( TUN masih relevan )

4) Sharir - Taraf lu rendah nak cakap TUN tak releven, lu tak da dalam sejarah dalam memajukan Agama, Bangsa dan Tanahair.... Buat kata Hishamudin cermin diri sendiri dulu..Kalau TDM tak relevan kenapa masih banyak lagi majlis dalam dan luar negara perlukan pendapat beliau?

5) Bekas MB Kedah - Lu tak payah nak bodek Pak Lah ( Buletin Utama ) sbb. lu bakal kena tendang kalau Pak Lah tak turun.

6) Datuk Ali - Teruskan perjuangan anda, kami semua golongan akar umbi sanggup bekerja lebih keras bagi memastikan Umno dapat mempertahankan Negeri Melaka daripada pembangkang pada PRU13

7) Pembangkang - Tunggulah masa anda semasa gelombang biru melanda seluruh negara PRU13 Insyaallah

8) Orang melayu - sanggupkah anda melihat parti keramat ini hasil perjuangan nenek moyang kita dulu dihancurkan oleh orang yang mempunyai jiwa pengkhianat..selamatkan UMNO

Akhir kata kepada semua pemimpin - pemimpin UMNO seluruh negara " cermin diri anda dimana cacat celanya pentadbiran anda " wariskankan kepada kami UMNO yang gagah dan perkasa!! Pemuda Umno ( akar umbi ) Melaka

- http://www.umno-reform.com

No comments:

Post a Comment