KOTA BHARU, 24 Feb (Hrkh) - Selepas Wan Ubaidah Wan Omar memulakan hari gemilang PAS di Kelantan dengan diumumkan menang tanpa bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi, kempen PAS di Kelantan yang diperhebat mungkin mendapat lagi suntikan dengan ada desas-desus menyatakan kemungkinan besar calon BN akan menarik diri sebelum tempoh penarikan diri calon tamat.
Sumber berkata, ramai kalangan calon BN kali ini termasuk yang telah menarik diri sebenarnya tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan pimpinan parti meletakkan calon yang sepatutnya bertanding di Parlimen tetapi diletakkan di Dun.
Begitu juga sebaliknya, ada calon yang berpotensi di Dun, tetapi dicalonkan di Dun, kata sumber.
Sementara itu sumber juga memberitahu akan ada beberapa kejutan berlaku sepanjang waktu sebelum tamat tempoh penarikan diri dari pencalonan antaranya oleh nama-nama besar di beberapa Dun di Parlimen Pengkalan Chepa dan Machang.
Di Machang kempen dijangka sengit antara calon BN, Dato' Sazmi Miah dengan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifuddin Nasution memandangkan sebelum ini pada pilihan raya umum 2004, BN hanya menang sekitar 90 undi.
Selain itu sumber juga memberitahu Harakahdaily, seorang bekas ahli Parlimen BN di sini 'merajuk' dan membawa diri ke luar negara selepas namanya tiak disenaraikan sebagai calon.
kata sumber bekas ahli Parlimen itu yang juga dikenali dengan kelantangannya mengkritik tidak setuju calon muka baru ditampilkan di kawasannnya, justeru calon baru akan menghadapi undi protes oleh ahli Umno sendiri.
Kekecohan juga mungkin berlaku di kerusi Kok Lanas memandangkan bekas orang kuat Umno, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim yang telah menyertai PAS dua tahun lalu akan menentang caon BN yang juga bekas ahli Parlimen Ketereh, Dato' Mohd Alwi Che Mat.
Kerusi Kok Lanas agak panas selepas penyandang, Dato' Seri Annuar Musa berpindah ke Parlimen Ketereh selepas merasakan ketidakselesaan di Dun dan dikatakan mahu melepaskan 'beban' kepada Che Alwi.
Dalam perkembangan lain, calon BN bagi Dun Perupok dan Parlimen Bachok, Dato' Dr Awang Adek Hussin hari ini membidas laporan Harakahdaily berhubung isu 'Serambi Maksiat'.
Dalam bidasannya Awang Adek berkata, beliau tidak boleh menerima dakwaan jika BN menang mereka akan menjadikan Kelantan sebagai 'Serambi Maksiat'.Seorang pemerhati menyebut, Awang Adek sebenarnya gelabah apabila kempen Umno/BN di sini kurang mendapat sambutan.
Selain itu kata sumber itu, Awang Adek menerima tentangan yang berat di Dun Perupok memandangkan Dun tersebut adalah kawasan tradisi PAS yang dikuasai Dato' Omar Mohammad sejak 1986 lagi.
"Omar amat dikenali dan sangat diterima di Perupok, sementara Awang Adek pula bukan kawasan yang biasa ditandinginya," ujar sumber itu.
Di Dun yang ditandingi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Dun Cempaka), Mursyidul Am PAS itu dijangka tidak berhadapan dengan tugas sukar mempertahan kerusinya memandangkan calon BN bukanlah satu nama besar yang ditampilkan.
Di Dun Salor, Dato' Husam Musa pula akan menentang calon BN, Ismail Mat yang merupakan calon baru dan tida dikenali di Dun tersebut.
- http://www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment