Pimpinan Gerakan Membanteras Rasuah (GERAK) Sdr Ezam Mohd Noor dalam SMS pagi ini (23Februari 2008) beritahu beliau tak bertanding pada pilihanraya kali ini (penamaan calon besok, 24 Februari 2008), sebaliknya akan terus menumpukan kepada ruang lain bagi menangani kebobrokan dalam pentadbiran negara. Sekalipun kerajaan membuat pelbagai penafian, namun secara logik kebobrokan yang berlaku memang puncanya dari amalan rasuah yang keterlaluan. Justeru Ezam merasakan lebih baik mengambil pendekatan membanteras rasuah menerusi gerakan NGO (iaitu GERAK), daripada bertanding dalam pilihanraya atas tiket Bebas ketika ‘perhambaan minda’ masih menjadi ‘duri dalam daging’ kepada masyarakat Melayu.
Sebelum ini beberapa orang rakan juga bertanya kepada saya, sama ada akan turut bertanding dalam pilihanraya atau tidak, malah petang ini (23 Februari 2008) penyair Yassin Salleh juga menelefon meminta penjelasan. Semalam (22 Februari 2008), Ustaz Azmi dari Negeri Sembilan juga berharap saya bersedia menjadi calon (kononnya pernah mengikuti ceramah politik saya yang dianggap tak banyak berbeza dari Dato’ Seri Dr Rais Yatim berdasarkan ungkapan bahasa), bagi menyaingi calon UMNO yang sering bermain dengan kata-kata. Sama juga dengan pendekatan Sdr Ezam, memang saya merasakan menentang ‘perhambaan minda’ tak semestinya menerusi bertanding dalam pilihanraya, kerana ruang penulisan juga mampu memainkan peranan.
Malah mereka yang menduduki kerusi di Parlimen juga kadangkala meminta bantuan penulis-penulis bagi menyampaikan mesej kepada khalayak. Begitulah! Apalagi pada pilihanraya 1999 pun memang saya ditawarkan bertanding, sebaliknya terpaksa menolak atas sebab-sebab prinsip, apabila ‘perhambaan minda’ menjadi musuh manusia di mana-mana. Pada 2004 juga masih ada pihak meminta saya bertanding, tetapi saya tak akan mengambil pendekatan ‘peluru habis Palembang tak alah!’. PRIMA mengakui banyak urusan dengan jabatan kerajaan, mahupun kementerian mampu diselesaikan secara pintar bagaikan ‘memalu ular tengah belukar; ularnya biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanahnya jangan lembang’. Astaga!
Justeru ketetapan yang diambil PRIMA dalam mesyuarat tak rasmi sebelum ini ialah menyeru pengundi-pengundi dalam pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2003 ‘MEMILIH CALON, BUKAN MEMILIH PARTI’. Bagi aktivis PRIMA mahupun kalangan rakan-rakan yang bersimpati dengan pendekatan PRIMA, tak ada istilah ‘UNDI RAHSIA’ lagi, sebaliknya ‘MENGUNDI CALON, BUKAN MENGUNDI PARTI’. Di kalangan aktivis PRIMA juga masih ramai akan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) tetapi adalah dari calon UMNO bukan di luar UMNO, asal sahaja calon UMNO lebih baik daripada calon lawannya. Begitulah! -Pak Dharma.
- http://adimul.blogspot.com
No comments:
Post a Comment