TANJONG DAWAI: Pakatan pembangkang berjanji akan menurunkan harga minyak sebaik diumumkan memenangi pilihan raya umum ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "hari ini (8 Mac) kita diumumkan menang, esok (9 Mac) kita umumkan penurunan harga minyak."
Katanya beliau tahu bagaimana hendak menguruskan ekonomi negara kerana selama menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 harga minyak tidak sekalipun dinaikkan.
"Tak payahlah nak bagi tau, saya taulah macam mana nak buat," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu sewaktu berucap pada kempen pakatan pembangkang di pekan Tanjung Dawai di sini malam tadi.
Anwar berkata hasil keuntungan minyak Petronas yang berjumlah RM80 bilion akan "dipulangkan" kepada rakyat dengan menurunkan harga minyak dan secara tidak langsung akan menstabilkan harga barang. BERNAMA
No comments:
Post a Comment