SUASANA pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi Parlimen Pengerang di Kota Tinggi, Johor riuh-rendah semalam apabila calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said diumumkan menang tanpa bertanding.
Bayangkan, Menteri Belia dan Sukan itu yang tiada masa untuk bercinta kerana terlalu sibuk bekerja, berjaya memenangi kawasan tersebut dua kali berturut-turut tanpa perlu bertanding.
Justeru timbul suara-suara nakal di kalangan penyokong BN bahawa inilah masa paling sesuai bagi Azalina yang sudah ‘disahkan semula’ sebagai Ahli Parlimen Pengerang untuk mencari jodoh yang sesuai.
‘‘Jika orang lain terpaksa berhempas-pulas berkempen selama 13 hari, Azalina pula hanya perlu berkempen bagi mendapatkan jodohnya sendiri,’’ kata seorang penyokong BN dalam nada bergurau.
- http://klpos.com
No comments:
Post a Comment