27 February 2008

Misteri calon hilang terjawab

KAPAR: Misteri ‘kehilangan’ Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kapar, Suzaimi Salam, 34, yang gagal menghadirkan diri untuk penamaan calon bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, kelmarin, terjawab apabila dia disahkan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, kira-kira pada jam 6 pagi hari berkenaan.

Suzaimi didakwa ke Port Dickson bersama isteri serta anak mereka tetapi tidak dapat dipastikan tujuannya berbuat demikian sedangkan dia tahu kelmarin adalah hari penyerahan borang pencalonan untuk mencabar penyandang kerusi DUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusuf, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kehilangan Suzaimi pada jam 11 pagi semalam yang dibuat Ketua PKR bahagian Kapar, Mohd Bakri Abd Wahab.

“Selepas menerima aduan, kami ke kediaman Suzaimi di Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang dan lelaki itu tiada di rumah.

“Pada masa sama, isteri Suzaimi dikenali sebagai Zaleha memaklumkan mereka ke Port Dickson, pagi kelmarin, dan hanya pulang kira-kira pada jam 1 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurut Mohamad, pihaknya sempat memaklumkan kepada isteri Suzaimi meminta lelaki itu datang ke Balai Polis Kapar untuk diambil keterangan tetapi setakat jam 8 malam tadi, lelaki terbabit belum lagi berbuat demikian.

- http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment