27 February 2008

Rahman: Saya tak beli calon PKR

Calon BN Sementa Datuk Abdul Rahman Palil menafikan tuduhan bahawa beliau telah membeli calon PKR bagi membolehkannya menang tanpa bertanding pada hari pencalonan.

Ketua pemuda PKR Kapar Suzaimi Salam yang diumumkan untuk bertanding di kerusi DUN di Selangor itu gagal hadir.

Beliau dan keluarganya dilaporkan menghilangkan diri dari rumah mereka di Sementa.

Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali semalam mendakwa calon-calonnya cuba dibeli oleh BN, antaranya dengan wang RM1 juta.

"Kami mempunyai bukti jelas bahawa seorang calon negeri di Selangor telah diberi bayaran tinggi supaya tidak hadir masa pencalonan semalam (Ahad).

"Kami juga menganggap bahawa permainan kotor berlaku di Johor sehingga seorang menteri menang tanpa bertanding," kenyataannya dipetik.

Menurut laporan laman web The Star hari ini, Abdul Rahman berkata tuduhan membeli calon lawan bertujuan mencemarkan nama baiknya.

"Macam-macam cerita ditujukan kepada saya. Menurut khabar-khabar angin yang disebarkan, saya membayar antara RM500,000 hingga RM1 juta untuk membeli pencabar saya," beliau dipetik sebagai berkata.

Laporan itu menyebut calon PKR dan keluarganya telah kembali ke rumahnya.

- http://malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment