21 January 2008

V.K. Lingam nafi berbual dengan Ahmad Fairuz

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Peguam Datuk V.K. Lingam menafikan beliau berbual melalui telefon dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim seperti yang dipaparkan dalam klip video yang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Memberi keterangan sebagai saksi ke-13 pada prosiding hari keenam suruhanjaya itu hari ini, Lingam dengan tegas menjawab soalan pegawai pengendali, Datuk Nordin Hassan yang bertanya dengan siapakah dia bercakap dalam klip video itu.

``Saya tidak tahu. Tetapi yang pastinya bukan Tun Ahmad Fairuz kerana saya tidak pernah mengetahui nombor telefon beliau, dan begitu juga sebaliknya beliau tidak ada nombor telefon saya. Malah, sehingga hari ini, saya tidak pernah berbual dengannya melalui telefon,'' katanya.

Lingam juga berteka-teki mengenai kesahihan sama ada beliau adalah lelaki India yang dirakam berbual dalam klip video itu. Katanya, lelaki itu kelihatan seperti dirinya dan suaranya juga serupa suaranya.

Menjawab soalan berulang-kali oleh Nordin, Lingam berkata, beliau akan memberi jawapan yang sama walaupun ditanya seratus kali mengenainya. - Utusan

No comments:

Post a Comment