Proses pembunuhan karektor ke atas beberapa VVIP politik Barisan Nasional (BN), termasuk Umno, menerusi penyebaran DVD atau buku yang dipercayai mengandungi babak-babak skandal, termasuk skandal seks, dijangka merebak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Sumber-sumber memberitahu blog ini (www.kuda-kepang.blogspot.com) hari ini bahawa serangan di Pahang dijangka tertumpua kepada dua kawasan Parlimen tertentu. Motifnya dipercayai adalah untuk menyingkirkan mangsa sasaran skandal itu daripada arus perdana politik Malaysia.
Sumber-sumber yang sama juga menegaskan bahawa proses pembunuhan karektor ini dipercayai sebahagian daripada agenda konspirasi yang dipelopori sejak dua tahun lalu oleh sesetengah pihak yang mendakwa rapat dengan seorang pembesar tertentu.
Bagaimanapun, proses ini jadi semakin ketara kerana pilihan raya umum ke-12 dijangka diadakan pada tempoh suku pertama tahun 2008. [Blog ini sudah menerima maklumat mengenai tarikh bila Parlimen Malaysia dijangka dibubarkan. Tetapi, kerana maklumat ini perlu di siasat dengan lebih terperinci, kisah pembubaran ini hanya akan saya poskan bila segala maklumat mengenainya sudah saya pastikan secara muktamad.]
Persoalannya pada hari ini ialah: siapakah di sebalik konspirasi berkenaan? Benarkah konspirasi itu dikatakan direstui oleh seorang pembesar tertehtu? Dan, apakah peluang BN jadi bertambah cerah jika beberapa tokoh VVIPnya "dibunuh" menerusi konspirasi berkenaan?
Pada waktu yang sama, adakah apa yang terjadi ke atas menteri MCA yang hari ini meletakkan jawatannya dalam kabinet, sebagai Ahli Parlimen, dan keseluruhan jawatan di dalam MCA pusat, negeri dan bahagian, adalah sebahagian daripada konspirasi tersebut?
Menteri MCA itu mengundurkan diri daripada politik kerana sebuah DVD yang mengandungi adegan seks membabitkan dirinya dengan seorang wanita telah disebarkan di Batu Pahat dan Muar sempena tahun baru 2008.
Beberapa sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa penyebaran DVD itu dipercayai dilakukan oleh seorang individu berpengaruh yang baru-baru ini dikatakan telah dikecewakan oleh keputusan menteri berkenaan yang enggan menyokong satu cadangan perniagaan berkaitan kesihatan di kawasan WPI.
Bagaimanapun, beberapa sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa apa yang terjadi ke atas menteri MCA itu adalah sebahagian daripada percaturan politik yang besar di dalam parti tersebut, khususnya mengenai kemungkinan MCA mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri II selepas pilihan raya umum kelak.
Oleh itu, sukar untuk dipastikan sama ada kemungkinan konspirasi dalam MCA itu juga adalah sebahagian daripada konspirasi yang akan menyebarkan DVD atau buku ke dua kawasan Parlimen di Pahang tidak lama lagi.
Dalam pada itu, individu berpengaruh yang dipercayai kecewa dengan keputusan menteri MCA itu dikatakan adalah seorang daripada anggota konspirasi yang dijangka bergerak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Oleh itu, waspadalah. Konspirasi dan pembunuhan karektor kini seolah-olah menjadi budaya politik Malaysia. Sesiapa yang mempunyai "jerangkung di dalam gerobok" ketika ini, awas, anda mungkin jadi mangsa gerakan ini jika anda tidak komited kepada pembesar berkenaan!
Sebagai satu imbasan sejarah, kira-kira 25 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Kedah digegarkan dengan kontroversi klip video Mantoya yang dikatakan mengandungi babak-babak pesta arak yang yang kononnya membabitkan seorang individu tertentu di negeri berkenaan.
Pada ketika itu dunia belum lagi mengalami ledakan ICT. Ini bermakna pengeluaran video fitnah seperti itu amat sukar untuk dilakukan melainkan oleh pihak yang pakar mengenainya. Dan, pakar itu kononnya wujud di sebuah negara jiran di utara.
Bagaimanapun, sama ada video itu sahih atau sebaliknya, individu yang dibabitkan dalam video berkenaan pun meletakkan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti. Beliau bertindak demikian atas nama akauntabiliti seorang pemimpin di peringkat negeri. - www.kuda-kepang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment