04 January 2008

Polis tahan wanita edar DVD Soi Lek

JOHOR BAHRU 4 Jan. - Polis menahan seorang wanita berusia 29 tahun kerana disyaki terbabit dalam pengedaran cakera padat digital (DVD) rakaman aksi seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Bukit Perdana, Batu Pahat semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail berkata, wanita yang bekerja sebagai pengusaha salon kecantikan itu ditahan di hadapan kedainya pukul 2.30 petang.

Beliau berkata, pihak polis turut merampas sekeping DVD dan tiga keping cakera padat video (VCD) rakaman tersebut daripada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa wanita tersebut bukan pasangan bekas Naib Presiden MCA yang dirakam di dalam adegan seks itu dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitannya dalam pengedaran DVD itu.

''Pihak polis telah pun mengambil keterangan daripada wanita ini dan kami sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini secara menyeluruh,'' katanya.

- Utusan

No comments:

Post a Comment