PUTRAJAYA 8 Jan. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz bersedia berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.
‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.
Terdahulu ketika mengulas kenyataan Anwar yang mahu menurunkan harga minyak seandainya dapat mengetuai kerajaan, Rafidah menyifatkan ia sebagai tindakan tidak rasional.
‘‘Hendak turun minyak apa? Minyak lenga (bijan). Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersidang tiap-tiap hari pun tidak boleh menurunkan harga minyak yang kini melambung di pasaran,” katanya.
- Utusan
No comments:
Post a Comment