03 January 2008

Polis masih buru 3 lelaki culik Wan Zaleha

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Polis memburu tiga lelaki yang terlibat dalam kes menculik dan menyamun bekas personaliti TV3, Wan Zaleha Radzi di Pusat Bandar Damansara di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi berkata, bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Katanya, polis masih menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

“Kita telah mengambil keterangan daripada Wan Zaleha pagi ini untuk membantu siasatan, katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment