11 January 2008

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak


JOHOR BAHRU 11 Jan.- Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Beliau adalah seorang bekas Kontraktor meninggalkan seorang balu, Datin Sornavalli a/p Narayanan dan 4 orang anak .Jawatan dalam Parti yang disandang oleh beliau ialah Ahli Majlis Teringgi MIC Kebangsaan dan Timbalan Pengerusi, MIC Negeri Johor.

Mendiang memenagi pilihanraya Umum ke 10 pada tahun 1999 dengan mengalahkan calon PAS Sheikh Abdullah Said Salleh dengan majoriti 7,551 undi. Pada PR umum ke 11 tahun 2004 beliau sekali berdepan dengan calon PAS yang sama dengan mendapat 10,412 undi dan calon PAS mendapat 2,125 undi.

Komposisi pengundi dikawan ini ialah 7,269 Melayu, 7,934 Cina dan 887 India.

- Utusan

No comments:

Post a Comment