KUALA LUMPUR 11 Jan — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pembunuhan Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy hari ini sebagai perbuatan kejam dan terkutuk.
Perdana Menteri berkata, beliau mahukan agar pihak yang melakukan perkara itu dikesan dan diadili dengan segera.
“Saya terkejut dan berasa sedih dengan peristiwa pembunuhan Adun Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy pada petang tadi. Saya juga ingin menyampaikan takziah kepada keluarga Datuk S. Krishnasamy,” kata Perdana Menteri kepada Bernama.
Krishnasamy, 61, timbalan pengerusi MIC Johor ditemui mati dengan kesan luka tembakan dalam sebuah lif di bangunan MIC di Jalan Segget di Johor Baharu pada pukul 2.10 petang oleh Ketua Puteri MIC Johor R. Vithiyamohan.
Motif pembunuhan belum diketahui.
Saksi berkata seorang lelaki dilihat tergesa-gesa meninggalkan bangunan itu dengan menunggang motosikal selepas beliau terdengar bunyi tembakan.-Bernama
- Utusan
No comments:
Post a Comment