KOTA KINABALU 19 Dis. – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan cedera di kepala dan tulang belakang dalam satu kemalangan jalan raya di pekan Nabalu, 60 kilometer dari sini hari ini.
Jeffrey, 60, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di sini dan menerima 10 jahitan di kepala, kata setiausaha politiknya, Kanul Gindul.
Nahas berlaku pada 4 pagi tadi apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Jeffrey bersama isterinya dan pemandu mereka terbabas di kawasan berbukit. Isteri dan pemandu beliau tidak cedera.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu dari Semporna, kata Kanul.
Abang Jeffrey, Datuk Joseph Pairin Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, melawat beliau pagi tadi.
– Bernama
No comments:
Post a Comment