14 December 2007

14.12.07 - Lima pemimpin Hindraf ditahan mengikut ISA

KUALA LUMPUR 13 Dis — Lima pemimpin Hindraf- P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar — ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharom memberitahu Bernama bahawa mereka ditahan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan tengah hari tadi.

“Mereka boleh ditahan untuk tempoh dua tahun kerana menghasut dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang menggugat keselamatan negara,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment