12 December 2007

12.12.07 - 67 maut dua letupan di Algeria

ALGIERS 11 Dis. – Sekurang-kurangnya 67 orang maut dalam dua letupan yang menggegarkan ibu negara Algeria, hari ini.

Menurut agensi perlindungan awam, 30 orang terkorban dalam serangan dekat Mahkamah Agung manakala 15 lagi maut dalam letupan dekat pejabat Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB).

Sebuah balai polis turut musnah dalam serangan berani mati ke atas bangunan Mahkamah Agung itu.

Agensi berita rasmi, APS melaporkan 17 terbunuh sementara 67 cedera dalam letupan melibatkan sebuah bas sekolah di hadapan bangunan mahkamah.

Jelasnya, pasukan penyelamat sedang mencari mangsa di celah-celah runtuhan.

Radio awam, Algiers Network 3 melaporkan, dua bom meletup selang 10 minit didahului dengan letupan dekat Mahkamah Agung.

Orang ramai berlari cemas menuju ke jalan raya selepas letupan pertama dan siren polis kedengaran di tempat kejadian.

“Saya berada berhampiran bangunan tersebut semasa satu letupan yang kuat berlaku. Saya bosan dengan keadaan seperti ini,” kata seorang pelajar yang bernama Mohamed Selnani.

Talian telefon di bandar tidak berfungsi, kata penduduk kawasan itu.

Algeria sedang pulih daripada keganasan lebih sedekad yang bermula pada 1992.

– Agensi

(Utusan)

No comments:

Post a Comment