10 December 2007

10.12.07 - Majlis Peguam kesal dengan tindakan pihak berkuasa

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Majlis Peguam Malaysia kesal dengan tindakan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menafikan hak mereka untuk berarak sempena Hari Hak Asasi Sedunia di sini hari ini.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa membuli mereka dengan menghalang sembilan yang ditahan dalam perarakan itu daripada mendapatkan khidmat guaman.

Katanya, amalan buli itu juga dilakukan DBKL pada pukul 12 tengahari dengan menurunkan sepanduk dan poster sempena perarakan itu tanpa memberi notis.

``Majlis Peguam telah menyewa kawasan itu untuk meletakkan sepanduk dan poster itu, jadi mereka tiada hak untuk menurunkannya.

``Ini merupakan hari yang paling sedih untuk Hari Hak Asasi Sedunia yang disambut keesokannya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai perarakan Hari Hak Asasi Sedunia anjuran Majlis Peguam di sini hari ini.

Perarakan tersebut yang bermula pukul 7.30 pagi disertai kira-kira 50 orang bermula dari pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke bangunan Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar di sini.

Bagaimanapun timbul sedikit kekecohan apabila pihak polis mengarahkan mereka bersurai ketika melalui Jalan Tun Perak berhadapan bangunan mahkamah lama.

Sementara itu, menurut Sreenevasan, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, Edmund Bon ditahan polis sewaktu cuba menghalang pihak berkuasa daripada mennurunkan sepanduk dan poster sempena perarakan itu.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Edmund memarahi polis yang manahannya sehingga menyebabkan lalu lintas di hadapan bangunan Majlis Peguam terganngu.

Dalam pada itu, Sreenevasan berkata, pihak majlis akan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan pihak berkuasa kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.- Utusan

No comments:

Post a Comment