21 February 2021

'Jangan pisahkan kami'

 

"Jangan ambil mereka. Saya boleh jaga tolonglah jangan pisahkan kami berlima" minta Nurul Farisya Mohamad Ridzuan 11 tahun. Nurul Farisya menggalas tanggungjawab menjaga tiga adiknya berusia setahun sehingga 6 tahun dibantu abangnya Mohamad Farish Muhammad Ridzuan 12 tahun selepas kedua-dua ibu bapa mereka ditahan polis akibat penyalahgunaan dadah.

Ia bagaikan ibu buat adik-adik yang bergantung harap terutama si bongsu Muhammad Faiz Farhan yang sentiasa berada di pangkuannya, malah banyak menghabiskan masa di rumah tidak seperti kanak-kanak lain yang bebas bermain dengan rakan seusianya. Sementara itu, datuknya Fauzi Ismail 63 tahun berkata Nurul Farisya cucu yang bertanggungjawab dan tidak pernah meninggalkan adiknya, terutama yang bongsu malah sentiasa dibawanya ke mana sahaja dia pergi.

No comments:

Post a Comment