13 October 2020

Semua mata tertumpu pada Anwar, Istana Negara hari ini


Hari ini semua perhatian tertumpu ke arah presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika spekulasi perubahan kerajaan sekali lagi kian mengencang.

Menjawab persoalan media, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata setakat pagi ini dia belum menerima apa-apa makluman mengenai waktu Anwar menghadap di Istana Negara.

Dia juga memaklumkan tidak tahu apakah Anwar akan mengadakan sidang media selepas itu untuk memaklumkan hasil pertemuan kepada orang ramai.

“Saya akan berikan maklumat rasmi sepantas mungkin, jika atau apabila saya terima sebarang arahan. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment