KUALA LUMPUR: Sekumpulan penculik hanya menyedari mereka tersilap
sasaran selepas beberapa minit melarikan mangsa dan bertindak
mengarahkannya keluar dari kereta.
Mangsa, R.Karunakaran, 59, sedang menyiram pokok bunga di luar rumahnya
di Jalan Api-Api 1, Kepong Baru kira-kira pukul 8.30 pagi pada Selasa
ketika didekati seorang lelaki.
"Dia bertanya sama ada saya menjual lori yang diletakkan di luar rumah
saya tetapi dia berkelakuan pelik, jadi saya cuba melarikan diri.
"Namun, seorang lagi lelaki menarik saya ke belakang lori. Saya cuba
untuk melawan tetapi mereka mengacukan parang di leher saya," katanya.
Suspek turut meragut rantai emas di lehernya sebelum menarik mangsa
masuk ke dalam sebuah kereta Proton Waja dan meninggalkan kawasan
tersebut.
"Mereka beritahu mahu bunuh saya," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini Ahad.
Namun, beberapa minit kemudian, salah seorang penculik menerima panggilan telefon.
"Saya terdengar dia berkata, 'Oh kami tersilap sasaran.' Lelaki yang
sepatutnya diculik tinggal di rumah No.8, rumah saya di alamat No.1,"
katanya.
Dia berkata penculik tersebut memberhentikan kenderaan dan mengarahkannya keluar sebelum memecut laju.
"Tiga daripada mereka memakai topeng manakala seorang yang mendekati saya tidak memakai topeng," katanya.
Beliau berkata polis sudah memaklumkan semua rumah dengan No.8 di kawasan tersebut supaya lebih berhati-hati. - Mstar
No comments:
Post a Comment