YORKSHIRE - BRITAIN. Gara-gara leka melayari laman sosial Facebook,
seorang ibu dipenjara selepas kecuaianya itu menyebabkan anaknya mati
lemas.
Kanak-kanak berusia dua tahun, Joshua Barnett lemas terjatuh ke dalam
kolam di halaman rumahnya di Beverley, East Yorkshire pada 17 Mac lalu.
Ibunya, Claire Barnett, 31, yang berada di dalam rumah pada ketika itu
langsung tidak menyedari anaknya itu terjatuh ke dalam kolam kerana leka
melayari Facebook.
Selepas menyedari perkara itu, dia cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, namun sudah terlambat.
Sebelum ini, wanita itu turut didakwa membiarkan anaknya itu bermain
bersama rakannya di jalan raya tanpa pengawasannya sehingga menyebabkan
kanak-kanak itu hampir dilanggar oleh kereta.
"Anak kamu mati akibat kelalaian dan perlu diambil tindakan untuk
memberi pengajaran atas tindakan kamu itu," kata Hakim Jeremy
Richardson. - SH
No comments:
Post a Comment