SUBANG - Polis pada sidang media sebentar
tadi mengesahkan mayat yang ditemui bersimen dan diletakkan di dalam
tong di kawasan terbiar Jalan Subang 3, di sini, pagi tadi adalah
Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara,
Anthony Kevin Morais.
Konkrit yang menempatkan mayat itu sudah dipecahkan dan mayat mangsa sudah dikenal pasti.
Pada 4 September lalu, Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari
rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9
pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana
versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan
dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai
Samak, Hutan Melintang, Perak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata,
pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes itu dengan kadar segera
berdasarkan petunjuk baharu yang ditemui. - SH
No comments:
Post a Comment