Pusat pemulihan tidak akan berjaya menukar golongan mak nyah menjadi lelaki “normal”.
Begitu tegas seorang wanita transgender yang hanya mahu dikenali sebagai Diana.
Ketika diwawancara Malaysiakini, Diana, 25, berkata langkah memasukkan golongan itu ke dalam pusat pemulihan bukanlah satu keperluan.
Malah, katanya, jika pakaian mereka dibakar pun, mereka masih dapat membelinya di luar kem tersebut.
"Sebenarnya ia tak perlu. Macam kami dimasukkan ke penjara untuk ubah
kami, tapi apabila keluar dari penjara keadaan kami lebih teruk kami
berpakaian.
"Dekati kami perlahan-lahan, bagi pengisian dari hati ke hati.
“Apabila kami didekati dengan ikhlas hati, kami juga akan ambilnya dengan perlahan-lahan, kami akan fikir sendiri," katanya.
Diana antara 17 golongan itu yang ditahan polis dan Jabatan Agama Islam
Negeri Sembilan di Bahau bulan lalu kerana berpakaian perempuan dalam
sebuah majlis perkahwinan.
Beliau dilahirkan di Melaka, membesar dan menuntut di sebuah sekolah
berasrama lelaki di Kuala Lumpur, menamatkan pendidikan peringkat
diploma di Pahang dan kini menetap di Negeri Sembilan.
Menjadi transgender Muslim
Menurutnya, walaupun menjalani kehidupan sebagai mak nyah, beliau tetap mahu memenuhi tuntutan-tuntutan agama.
"Kami bukan pergi masjid drag (istilah mak nyah untuk berpakaian seperti wanita) pakai seksi, kami pergi masjid pakai biasa-biasa sahaja.
"Sebagai seorang transgender Muslim, rukun Islam itu antara anda dan yang di atas (Tuhan).
"Yang penting nawaitu (niat)," katanya. - Mkini
No comments:
Post a Comment