SUKAR untuk ditakrifkan sama ada Hamas dan Al-Qassam
mempunyai cukup kekuatan untuk melawan rejim Zionis dalam mempertahankan
bumi Gaza. Tetapi kekuatan kumpulan pejuang ini tidak boleh dipandang
ringan oleh kuasa luar terutama Amerika Syarikat mahupun Rusia.
Anggota Hamas dan Fatah
Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah (Hamas) dibentuk secara rasmi pada
Disember 1987 iaitu ketika kemuncak Intifada Pertama yangt berlaku
selama 10 tahun.
Ada sumber mengatakan, idea penubuhannya pernah tercetus sekitar 1973
iaitu lanjutan kelahiran pejuang gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Ketika itu dikatakan ribuan mujahid sedang menghadapi kemaraan penjajah
Yahudi yang ketika itu cuma merampas tanah Palestin pada 1948. Susulan
dari itu, Ikhwanul menubuhkan cawangan barunya di Palestin sekali gus
lahirlah HaAmas.
Ketua Hamas pertama pada 1987 ialah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang
akhirnya syahid pada 22 Mac 2004. Ia kemudiannya digantikan DrAbdul Aziz
Ar-Rantisi.
Beliau bagaimanapun hanya sempat berkhidmat selama sebulan apabila dibedil oleh helikopter Apache Israel pada 18 April 2004.
Jawatan itu kini dipimpin oleh Sheikh Khalid Mish’al dan Sami Abu Zuhri.
Sepanjang perjuangan menentang Israel, Hamas juga berhadapan dengan
parti kebangsaan Palestin iaitu Fatah pimpinan Mahmoud Abbas. Fatah
adalah lanjutan dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yaser
Arafat.
Terdapat sumber menyatakan Fatah mendapat perlindungan dari Israel dan
Amerika Syarikat. Namun, sejauh mana dakwaan itu, tiada siapa yang tahu.
Briged Al-Qassam
Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas terdiri daripada pejuang
berhati waja. Mereka sentiasa bersedia menghadapi Zionis pada bila-bila
masa. Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai
ciri-ciri seperti;
1 - Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
2 - Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan
pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama
tiga bulan.
3 - Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
4 - Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
5 - Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
6 - Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
7 - Puasa sunat dan bertahajud.
8 - Tahap kecerdasan tinggi.
9 - Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
10 - Mengamalkan zikir harian.
SH
No comments:
Post a Comment