Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata takwa bererti takut kepada kemurkaan Allah.
"Bulan Ramadan bulan ketakwaan. Takwa bererti takut kepada kemurkaan Allah.
"Jangan kerana hendak elak kemurkaan manusia terundang kemurkaan Allah,"
tulis Khalid di akaun Twitter-nya lewat tengah malam tadi menerusi
akaun Twitter beliau, @KhalidSamad.
"Doa Rasulullah (SAW) balik dari Taif setelah dilempar batu. "Asalkan
Kamu tak murka terhadap ku, maka aku tak kisah," tulis Khalid lagi
merujuk kepada satu doa daripada Nabi Muhammad kepada Allah SWT.
Khalid tidak memperincikan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.
Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kesal dan kecewa dengan kenyataan Khalid tentang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Khalid sebelum ini dilapor mencadangkan agar MAIS tidak lagi diberi kuasa untuk menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu
Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kesal dengan kenyataan Khalid pada 17 Jun itu.
Utusan Online melaporkan baginda bertitah bahawa tindakan
Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab
dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang
mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti termaktub dalam
undang-undang.
Baginda juga dilaporkan bertitah, ini bukan kali pertama Khalid
mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk.
Utusan melaporkan baginda bertitah demikian di majlis perasmian masjid pekan Sepang. - Mkini
No comments:
Post a Comment