SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di
Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima
kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di
lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta
itu.
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.
Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba
dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera
bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga
kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. - SH
Bomba tak perlu tergesa2 dan buang masa menyelamatkan kereta warga Singapura ni. Biarkan kereta2 tu hangus, lepas tu JPJ tolong sama pemandu2 tersebut kerana berlumba di Lebuhraya Malaysia.
ReplyDelete