Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya
memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil
Khir Baharom untuk mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden Mohamad
Sabu yang didakwanya berfahaman Syiah.
"Alangkah
baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya
untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti
itu.
"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan
perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan
bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua
(Mohamad) dalam PAS.
"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN
(Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS
(itu)," kata naib presiden Umno itu semasa ucapan penggulungan dalam
perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.
Zahid bagaimanapun hanya menyebut "orang nombor dua" PAS tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin PAS itu.
Mohamad Sabu dipilih sekali lagi sebagai timbalan presiden dalam pemilihan PAS baru-baru ini.
Malaysiakini sudah menghubungi Mohamad dan sedang menunggu penjelasannya berhubung perkara itu. - Malaysiakini
Sebutlah nama pemimpin itu atau takut Mat Sabu saman?
Sekarang terbukti yg beria-ia mengatakan Mat Sabu tu Siah ialah UMNO.Sekelompok ahli PAS sudah terperangkap dan diperkudakan UMNO.
ReplyDelete