PETALING JAYA: Satu skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan
Selangor Pakatan Rakyat, sebuah syarikat yang disenaraikan dan
penyalahgunaan wang rakyat bakal dibongkarkan.
Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan
menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada
Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkatkan
penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.
Chua berkata, beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan.
Beliau berkata, urusan itu antara lain berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.
“Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka begitu cemerlang dalam
ketelusan, saya mencabar mereka untuk mendedahkan butiran mengenai
transaksi itu,” kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani.
Chua, yang merupakan seorang akauntan dan bekas ketua pegawai
kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkata: “Saya akan
mendedahkan lebih banyak butiran supaya rakyat dapat membuat penilaian
sekiranya Pakatan Rakyat menunaikan jani mereka atau hanya membuat
janji-janji kosong.”
Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed
berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang
dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.
“Dedahkan rekod transaksi hartanah yang dimiliki oleh syarikat
berkaitan kerajaan seperti KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) dan PKNS
(Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor),” kata beliau.
Sementara itu, Presiden Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS),
Hamizun Kamaruddin berkata, beliau turut akan mendedahkan perkara yang
meragukan melibatkan kerajaan negeri dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, urusan yang didakwa meragukan itu termasuk pemindahan
aset PKNS kepada PKNS Holdings untuk memudahkan urusan jualan dan
perjanjian usaha sama.
Hamizun turut mempersoalkan mengenai syarikat Worldwide Holdings Bhd
di mana kerajaan negeri mempunyai kepentingan majoriti dua tahun lalu,
keluar daripada penyenaraian. - Mstar
* Nak saing Rafizi lah tu...
No comments:
Post a Comment