Bapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dipaksa
menanggalkan "baju-T yang bermasalah" yang dipakainya ketika mahu
menemui anaknya di pusat tahanan di Kamunting, Perak semalam.
Ahli
jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Alizah Jaafar berkata, lelaki
berkenaan, Abdul Razak - bapa kepada tahanan Fadzullah - memakai
baju-Tyang bertulis 'Mansuhkan ISA'.
"Seorang pegawai berpakaian
biasa, yang merupakan kakitangan keselamatan kem tersebut,
memberhentikan Abdul Razak selepas kami melintasi tempat pemeriksaan
keselamatan pertama dan memberitahunya bahawa adalah masalah dengan
baju-T tersebut.
"Kami memberitahu mereka, memandangkan ISA telah
dimansuhkan, maka ia tidak sepatutnya menjadi masalah. Abdul Razak
memberitahu mereka yang dia tidak ada baju lain untuk dipakai, tetapi
mereka tetap bertegas," katanya ketika mengadu kepada Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (Suhakam) pagi ini.
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad
Sha'ni Abdullah, yang menerima memorandum GMI yang menggesa kerajaan
membebaskan segera 45 tahanan di bawah undang-undang keselamatan,
menegur perbuatan itu dan pengawal kakitangan keselamatan terbabit.
Sambil
memberi amaran kepada mereka supaya menjalan tugas mengikut skop tugas
mereka, Muhammad berkata, bleiau akan membawa aduan tersebut kepada
pihak berkuasa apabila Suhakam melawat pusat itu minggu ini. - Mkini
No comments:
Post a Comment