Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa beliau telah
ditawarkan lebih RM5 juta untuk lompat parti menyertai BN pada tahun
2010.
Beliau bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Azan
memberitahu pemberita hari ini bahawa ia berlaku pada 27 Januari 2010
di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur di mana "ejen terbabit
telah mengatur satu siri pertemuan".
Beliau mendakwa, mereka mewakili seorang pemimpin yang sangat dihormati, yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Ahli
Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berkata Azan adalah "saksi utama"
untuk membuktikan bahawa sememangnya ada operasi rahsia untuk memujuk
ahli parlimen PKR melompat parti. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment