KUALA LUMPUR 22 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa seminggu untuk menjelaskan kenyataannya minggu lepas bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada slogan 1Israel.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee memutuskan perkara itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Aziz memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius isu itu.
"Memandangkan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak hadir, kita beri masa seminggu untuk beliau perbetulkan,” kata Mohamed Nazri.
Kiandee berkata, tindakan lanjut berhubung perkara itu, iaitu sama ada akan merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atau tidak, akan dibuat selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memberikan penjelasannya.
Menurut beliau lagi, usul berhubung perkara itu juga akan dibuat kerajaan. - Bernama
* Yang patut jelaskan adalah kerajaan UmnoBN...
No comments:
Post a Comment