22 March 2010

KPN kena ambil tindakan jika ada pihak campur tangan dalam PDRM

KUALA LUMPUR 22 Mac — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengambil tindakan jika benar ada pihak ketiga yang campur tangan dan memberi tekanan dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, tindakan itu perlu kerana kerajaan tidak akan sekali-kali membenarkan ada pihak ketiga yang mencampuri urusan dalaman polis.

” Kami tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga terlibat dalam perjalanan polis...saya setakat ini belum lagi mendengar ada aduan kalau ada pihak ketiga yang berkuasa mempengaruhi polis, dan jika ada sila maklumkan kepada saya.

"Saya rasa polis pun boleh ambil tindakan sendiri jika perkara ini berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment