LONDON – Raja maksiat Afrika Selatan, Lolly Jackson (gambar) menyediakan kelab tarian bogelnya untuk peminat dan pemain-pemain bola sepak yang bertanding pada Piala Dunia Jun depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelab Teazers milik Jackson menawarkan parti-parti ‘panas’ eksklusif kepada pasukan-pasukan yang bertanding dalam pertandingan tersebut.
Jackson yang berusia 53 tahun memberitahu dia sudah pun mendapat tempahan daripada pasukan bola sepak Mexico.
Dengan caj yang dikenakan untuk tarian ghairah sebanyak AS$15 (RM49.5) dan melihat tubuh penari wanita bogel pada harga AS$300 (RM992), isteri dan teman wanita pemain bola sepak Englad terpaksa melakukan persediaan untuk berdepan dengan skandal.
“Saya tahu gelagat pemain-pemain pasukan England. Kita semua pernah mendengar cerita John Terry (pemain England). Dia sangat nakal.
“Saya akan melakukan apa yang termampu untuk pemain-pemain pasukan England dan peminat mereka di sini.
“Kami (kelab bogel) cukup dikenali di kalangan pelancong, peminat sukan kriket dan ragbi,” katanya.
Jackson memberitahu, dia tidak berminat tentang kualiti perkhidmatan sebaliknya lebih mementingkan kuantiti pelanggan di kelab bogelnya. – Agensi/Kosmo
No comments:
Post a Comment