09 January 2010

Tergoda goyangan tubuh guru taska

AMPANG: Tidak tahan melihat susuk tubuh seorang guru taska yang sedang menyapu sampah berhampiran bilik rumah sewanya, seorang lelaki mengambil kesempatan mencabul mangsa di Pandan Jaya, Selasa lalu.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, ketika mangsa yang berusia 20 tahun ketika itu berseorangan di rumah terkejut apabila seorang lelaki memeluknya dari belakang. Menurut sumber polis, lelaki berkenaan kemudian menarik mangsa hingga terduduk diatas pahanya dan memegang erat badan wanita itu menyebabkan guru berkenaan tidak dapat meloloskan diri.

“Mangsa cuba melawan, namun dia tidak berdaya berikutan lelaki itu memeluknya dengan erat sebelum lelaki itu meramas buah dada dan memegang kemaluan guru berkenaan.

“Namun, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri dan masuk ke dalam biliknya,” katanya.

Sumber terbabit berkata, selepas berjaya melarikan diri, mangsa hanya mampu berkurung dalam bilik manakala lelaki berkenaan pula terus mengetuk pintu dari luar.

“Lelaki itu mengetuk pintu sambil merayu supaya mangsa memaafkannya atas segala perbuatan yang dilakukan sebelum itu, namun wanita berkenaan yang ketakutan tidak menghiraukan rayuan terbabit.

“Lelaki terbabit yang takut kemudiannya bergegas melarikan diri sebelum mangsa menghubungi pemilik rumah yang disewanya untuk menceritakan kejadian berkenaan,” katanya.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek berkenaan kerana lelaki itu adalah pekerja kepada pemilik rumah yang disewanya.

Berikutan itu, atas nasihat pemilik rumah, mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian yang menimpa dirinya itu.

Difahamkan polis masih menjalankan siasatan dan belum membuat sebarang tangkapan. - Mymetro

No comments:

Post a Comment