16 January 2010

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR 15 Jan - Ringgit mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, setelah ia susut daripada kenaikan sebelumnya ekoran kegiatan mengambil untung apabila pelabur memberi reaksi terhadap pengukuhan mata wang Amerika itu, kata peniaga.

Pada pukul 5 petang, ringgit turun berbanding dolar AS kepada 3.3380/3410 daripada 3.3370/3410 pada penutupan semalam.

"Dolar meraih sokongan selepas pengumuman oleh presiden Bank Pusat Eropah yang menegaskan pentingnya dolar yang kukuh dan ini menyaksikan euro mengalami tekanan hari ini," kata peniaga pertukaran mata wang asing RHB Bank, Nur Adeline Baharin.

Di peringkat global, dolar AS berpatah arah dari trend menurunnya berbanding mata wang utama lain seperti dolar Australia dan Kanada.

Pada akhir sesi dagangan hari ini, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4032/4057 daripada 2.4038/4091 semalam tetapi susut berbanding yen kepada 3.6786/6828 daripada 3.6307/6358 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8091/8144 daripada 4.8425/8500 semalam tetapi turun berbanding pound sterling kepada 5.4500/4562 daripada 5.4342/4414.

- Bernama

No comments:

Post a Comment