GERIK 19 Jan — Pindaan Akta Hak Cipta 1987 akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan bagi mengadakan peruntukan lebih tegas untuk melindungi industri kreatif negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.
Beliau berkata undang-undang hak cipta yang ada pada hari ini masih longgar dan mempunyai kelemahan sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada hasil kreatif pihak lain.
"Kementerian melihat isu cetak rompak ini sebagai perkara sangat serius yang akan menjejaskan perniagaan kepada pengusaha dalam bidang berkenaan terutama dalam bidang muzik... kita faham, disebabkan ada permintaan terhadap cetak rompak ini sebab itu ada penawarannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penuaian buah “Rock Melon” atau dikenali sebagai tembikai wangi di tapak projek fertigasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerik di sini hari ini. — Bernama
* Undang-undang dibuat untuk keuntungan (dapat wang dari rakyar) tetapi tidak mendidik mereka. Ia tidak menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment