Katanya, dia dalam bilik apabila penjenayah yang memakai topi tanpa menutup muka masuk bertanyakan di mana bapa dan ibunya sebelum menggeledah bilik lain.

Katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya berdoa supaya ketiga-tiga lelaki terbabit tidak bertindak ganas dan segera melarikan diri.
“Perompak terbabit masuk dalam rumah melalui tingkap selepas memanjat pagar dan berada dalam rumah kira-kira 20 minit.
“Saya hanya menghubungi ibu selepas mereka meninggalkan rumah,” katanya.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi kelmarin, tiga penjenayah bersenjatakan pisau merompak sebuah rumah di Kampung Kelat Rendang dan melarikan barang kemas seperti rantai, cincin dan gelang bernilai RM20,000. Ketika kejadian, rumah berkenaan hanya dihuni Farah Elyani yang sedang berehat dalam bilik sambil mengulang kaji pelajaran.
Menurutnya, ketika dalam bilik, penjenayah mengarahkannya menyerahkan barang kemas dipakai.
“Saya hanya mendiamkan diri apabila perompak meminta menyerahkan barang kemas sebelum mereka keluar dari bilik.
“Saya hanya melihat kelibat dua perompak menggeledah rumah manakala seorang lagi mengawasi di luar,” katanya yang menganggap kejadian itu sejarah hitam hidupnya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya melakukan siasatan selepas menerima aduan mangsa. - Bharian
No comments:
Post a Comment