10 January 2010

Pelajar ditahan di Mesir, selamat sambung pengajian di UK

KUANTAN 10 Jan. – Pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana terlibat dalam tunjuk perasaan membabitkan anggota konvoi kemanusiaan Viva Palestina di negara itu Selasa lalu, selamat tiba di United Kingdom (UK) untuk meneruskan pengajiannya semula hari ini.

Ibrahim Mohd. Azmi, 23, pelajar kedoktoran di Universiti Bristol, tiba di UK kira-kira pukul 4.30 pagi ini waktu tempatan.

Menurut bapanya, Dr. Azmi Mohd. Ghazali, anaknya selamat tiba di universiti tempat dia belajar dan akan meneruskan pengajiannya di situ. - Utusan

No comments:

Post a Comment