CITE SOLEIL, Haiti 17 Jan. - Anggota kumpulan bersenjata yang pernah menguasai setinggan terbesar di Haiti seperti ketua puak, kembali dengan dendam sejak gempa bumi yang berlaku Selasa lalu merosakkan Penjara Kebangsaan, seterusnya menyebabkan 3,000 banduan melarikan diri.Kedamaian Cite Soleil adalah antara pencapaian Presiden Rene Prevail yang tidak dapat dinafikan sejak memegang jawatan itu pada 2006, sehinggalah gegaran kuat menggoncang Port-au-Prince.
"Mereka sudah tentu akan kembali. Ia pernah menjadi kubu kuat mereka," kata seorang anggota polis ketika meronda di kawasan pondok yang musnah, lembah dan takungan najis terbuka yang merupakan rumah bagi lebih 300,000 orang penduduk.
Dia dan seorang lagi rakan setugas menyatakan bahawa kehadiran kumpulan bersenjata dapat dirasai sejak gempa bumi berlaku.
Sekiranya keganasan skala besar tercetus ketika kekecohan dan kecurian meningkat setiap jam di Port-au-Prince, ia mungkin menjadi cabaran baru dalam usaha mengekalkan keamanan dan undang-undang di ibu negara Haiti ini.
Ketua penjenayah Cite Sole dipuja-puja dalam cerita-cerita dan lagu rap Haiti, dan mereka kini dilihat sebagai satu-satunya pihak yang mendapat faedah daripada bencana itu.
Menaiki motosikal dengan tangan memegang senapang dan pistol yang mungkin dirampas daripada pengawal penjara semasa gempa bumi, kumpulan itu mempunyai seorang anggota pembunuh kejam yang hanya dikenali sebagai 'Blade'.
Semasa pemberita memasuki kawasan Penjara Kebangsaan pada Jumaat lalu, hanya beberapa rekod banduan yang tinggal. Banyak dokumen lain telah dibakar di sebuah kurungan kecil yang sehingga kini masih dapat dirasai bahangnya, walaupun gempa sudah berlalu beberapa hari. - REUTERS
No comments:
Post a Comment