NIBONG TEBAL: Selepas genap seminggu bertarung nyawa, ibu tujuh anak yang membakar diri kerana marahkan anak perempuannya meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, malam kelmarin.
Jenazahnya dibawa ke Masjid Kampung Besar, Sungai Kechil, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid itu.
Suami Rossliana, Marzuki Jamaludin, 39, berkata beliau dimaklumkan oleh pihak hospital, keadaan isterinya tenat dan mereka sekeluarga diminta datang.
“Ketika tiba di situ, doktor memberitahu isteri saya meninggal dunia jam 8.30 malam. Walaupun sedih, saya reda dengan ketentuan-Nya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dalam kejadian 9 Januari lalu, Rossliana melecur dari bahagian pinggang hingga kepala selepas bertindak nekad mencurah badannya dengan petrol sebelum membakar dirinya menggunakan api lilin.
Kejadian yang berlaku di depan rumahnya di Jalan Hutan Lipur di sini, disaksikan anaknya keempatnya, Mohd Shahrul Aidil, 11, dan beberapa ahli keluarganya.
Tindakan dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan dialami wanita itu kerana kelakuan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang.
Rossliana dibawa ahli keluarga ke Hospital Sungai Bakap, sebelum dihantar Unit Rawatan Kebakaran, HSB kerana lebih 50 peratus tubuhnya melecur. - Kosmo
* Sedangkan anak itulah yang ditimang semasa kecil.
No comments:
Post a Comment