Barisan Nasional (BN) menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi Parlimen Kuala Terengganu yang memilih calon PAS dalam pilihanraya kecil hari ini, kata Timbalan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat," kata beliau yang juga pengarah pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
"Kita mesti percaya kepada demokrasi dan kita harus akur dengan keputusan rakyat. Kita akan ambil iktibar dan akan terus berkhidmat kerada rakyat," katanya dalam satu sidang akhbar di kediaman rasmi menteri besar Terengganu malam ini.
Menurutnya, BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk mengembalikan imej parti supaya dapat memberi keyakinan kepada rakyat.
"Saya yakin kesudahannya rakyat akan yakin kepada BN.
"Saya nyatakan dari mula-mula lagi, ini pilihanraya kecil, (maka) banyak faktor yang menentukan keputusannya, termasuk soal perkhidmatan," katanya sambil menambah kini sukar untuk dibaca politik tanahair.
"Kita ambil keputusan ini untuk menentukan hala tuju Umno dan BN.
"Adalah terlalu awal untuk menentukan faktor-faktor kekalahan ini. Sampai masanya, kita akan akan tahu faktornya," tambah Najib.
Bagaimanapun, katanya, keputusan tersebut tidak akan dibawa untuk dibincangkan dalam konvensyen BN bulan depan.
"Ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya.
"Saya tak fikir ini akan beri kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang," tegasnya.
Najib berkata, beliau juga berkata tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih pemerintahan dari perdana menteri sekarang. - Malaysiakini
* Masa untuk cari kambing hitam
Ini bukan masa utk mengatakan demokrasi terbuka, ini adalah kenyaraan yang harus diterima bahwa rakyat telah menolak BN/UMNO, kpd Pak Lah jgn tidur lg, ambil tindakan sewajarnya(jgn biar mat mongul jd PM)
ReplyDeleteTerlalu banyak faktor yang memyumbang kekalahan UMNO.Siapa yang menentukan faktor-faktor itu? Kita sebenarnya boleh merancang untuk yakin menang tetapi Allah jua yang menentukannya.
ReplyDelete