SUBANG JAYA 17 Dis. - Pembaharuan yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 2001 membolehkan ia muncul antara tiga universiti terbaik di Malaysia.
Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah (gambar) berkata, pencapaian ini membolehkan siswazah UiTM mendapat tempat dalam pasaran kerja dengan setiap tahun, 75 peratus memperolehnya sebaik sahaja menamatkan pengajian.
''Kakitangan akademik juga mencapai pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa dengan memenangi pelbagai pingat emas dan platinum dalam banyak pertandingan inovasi di seluruh dunia,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri Sektor Awam 2008: Strategi UiTM Menyampaikan Perkhidmatan Terbaik pada Persidangan Peningkatan Daya Saing Negara: Peranan dan Inisiatif Sektor Awam di sini hari ini.
Tambahnya, ijazah-ijazah yang dikeluarkan oleh UiTM juga mendapat pengiktirafan 16 badan profesional luar negara termasuk dari United Kingdom, Kanada dan Australia.
Sementara itu di dalam negara, katanya, sebanyak 19 badan profesional tempatan mengiktiraf ijazah UiTM.
''Kecemerlangan fasa kedua yang ingin dicapai oleh UiTM bermula tahun ini ialah untuk menjadi universiti terkemuka negara, menjadi universiti penyelidikan pada 2010, menjadi 200 universiti terbaik dunia pada 2015 dan menjadi universiti terkemuka dunia pada 2020,'' katanya.
Dalam pada itu, Ibrahim mendedahkan pem- baharuan-pembaharuan yang dilakukannya di UiTM tidak digemari sehingga memaksa beliau mendapatkan perlindungan pihak polis kerana menerima pelbagai ancaman termasuk bunuh.
Beliau berkata, tindakannya untuk meningkatkan kualiti UiTM tidak disenangi menyebabkan menerima banyak ancaman.
''Ketika mula-mula menjawat jawatan sebagai Naib Canselor UiTM pelbagai perubahan dilakukan untuk memastikan universiti dapat mencapai pelbagai kejayaan.
''Dalam tempoh sama juga sebanyak 42 kakitangan akademik dan bukan akademik UiTM sama ada dibuang, diturunkan pangkat, dipotong gaji dan pelbagai lagi tindakan disiplin bagi membersihkan universiti daripada gejala-gejala tidak sihat,'' katanya.
Ibrahim memberitahu, tindakan- tindakan itu perlu diambil bagi memastikan UiTM yang mempunyai lebih 120,000 pelajar dengan 20,000 kakitangan akademik dan bukan akademik perlu diuruskan dengan berkualiti serta cekap.
Katanya, UiTM melaksanakan strategi pengurusan kualiti yang dilaksanakan dengan penubuhan pusat pengurusan kawalan dan jaminan kualiti, pensijilan ISO peringkat korporat dan inisiatif kualiti dalam pengurusan.
''Universiti ini juga melaksanakan pelbagai strategi lain bagi memastikan lebih 120,000 pelajarnya mencapai kejayaan terbaik berbanding universiti-universiti awam lain,'' katanya. - Utusan
* Bangsa juara, bila angkat bakul sendiri
No comments:
Post a Comment