25 March 2008

Zaid Ibrahim Cuba Perkasa Badan Kehakiman






Datuk Zaid Ibrahim, mencadangkan Kerajaan BN perlu minta maaf dalam kese Pemecatan Tun Salleh Abas:-

“Pada pendapat saya kesilapan besar kita ialah apabila kerajaan memecat Tun Salleh Abas dan melantik hakim-hakim yang tidak berkebolehan serta ada unsur rasuah.

“Tetapi perkara ini sudah 20 tahun berlalu dan kerajaan BN harus memohon maaf kerana perkara ini memalukan kita di mata dunia,”


Mahathir patut mohon maaf kes Salleh

Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi membuka semula kes pembentukan dua buah tribunal yang membawa kepada pemecatan ketua hakim negara dan penggantungan jawatan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.

Terma rujukan suruhanjaya itu - untuk menentukan sama ada dua buah tribunal yang dibentuk itu mempunyai asas dan latar perundangan yang cukup, katanya.

Beliau membuat desakan itu dalam satu sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini sebagai mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim - menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik bertanggungjawab menangani hal-hal berkaitan undang-undang dan reformasi kehakiman - supaya kerajaan sekarang memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas.

Selain Salleh, lima hakim kanan yang menjadi mangsa krisis itu: Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh and Datuk George Seah.

Peguam terkenal itu juga berkata, cadangan Zaid meminta kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memohon maaf bukan langkah yang betul.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment