07 February 2008

Tentera AS semakin lesu operasi di Iraq, Afghanistan

WASHINGTON 7 Feb. - Seorang pegawai kanan tentera memberitahu panel siasatan Kongres bahawa anggota tentera Amerika Syarikat (AS) telah keletihan dan semakin lesu akibat operasi di Iraq dan Afghanistan.

Menurut Ketua Angkatan Bersama Staf, Admiral Michael Mullen, kesemua anggota terbabit telah bersedia untuk pulang pada bila-bila masa.

Bagaimanapun kata beliau, keadaan anggota tentera yang bertugas di kedua-dua negara itu ketika ini adalah baik, tetapi mereka tidak mampu bertahan lama.

“Kita mesti mengehadkan tempoh bertugas anggota tentera kepada 12 bulan secepat mungkin. Mereka semakin keletihan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera Senat yang ditubuhkan bagi menilai semula penempatan tentera AS di Iraq.

Ini berikutan keputusan Presiden George W. Bush untuk menilai semula sama ada mengurangkan bilangan tentera AS di negara itu atau sebaliknya.

Mullen berkata, beliau tidak fikir langkah mengekalkan 15 briged di Iraq akan dapat mengurangkan tempoh bertugas mereka daripada 15 bulan kepada 12 bulan.

– AP

No comments:

Post a Comment