KUALA LUMPUR 7 Dis. – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) sejak dua minggu lalu berhubung dakwaan menerima rasuah.
Difahamkan, BPR turut menyita sebuah kereta Mercedes Benz milik wakil rakyat berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga kini BPR belum menahan wakil rakyat tersebut sehingga siasatan terhadapnya mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 selesai.
Kertas siasatan kes rasuah ahli politik itu dikatakan sedang disiapkan untuk tindakan lanjut.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan ketika dihubungi mengesahkan siasatan terhadap wakil rakyat itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan.
Berita mengenai penyiasatan BPR terhadap wakil rakyat itu turut disiarkan sebuah laman web tempatan hari ini.
(Utusan)
No comments:
Post a Comment