05 December 2007

05.12.07 - Taliban kuasai lima daerah di Afghanistan

KABUL 4 Dis. – Pejuang Taliban dilaporkan menguasai tidak lebih lima daripada 59 daerah di bahagian selatan Afghanistan.

Jurucakap Pasukan Bantuan Antarabangsa (ISAF), Brigedier Jeneral Carlos Branco semasa taklimat kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates berkata, kumpulan pejuang terbabit juga terasing di bahagian selatan.

Menurutnya, Taliban mengawal “tidak lebih daripada lima daerah” dan menambah, terdapat 59 daerah di kawasan selatan.

“Sebagai gerakan pemberontak, Taliban telah gagal. Selepas enam tahun mereka hanya menguasai kawasan yang kecil. Mereka tidak boleh berdepan dengan tentera ISAF,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai pertambahan pejuang Al-Qaeda di Afghanistan selepas kekalahan di Iraq, beliau berkata: “Kami menerima laporan mengenai kehadiran pejuang asing.”

Bulan lalu, Taliban dilaporkan menguasai lebih separuh daripada daerah di Afghanistan.

Bagaimanapun dakwaan itu ditolak oleh para pegawai Afghanistan termasuk Branco yang menyatakan bahawa para pejuang hanya menempatkan “kelompok kecil pejuang tanpa penguasaan kawasan.”

Gates tiba di Kabul untuk lawatan mengejut lewat petang semalam dan mengadakan mesyuarat dengan para komander tentera di selatan berhubung keganasan yang semakin meningkat.

– AFP

No comments:

Post a Comment