Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
04 December 2007
04.12.07 - Hina Nabi: Sudan ampun guru Britain
Gillian Gibbons, center, the British teacher jailed in Sudan for letting her students name a...
KHARTOUM 3 Dis. – Presiden Sudan, Omar al-Beshir hari ini mengampunkan seorang guru British yang dipenjarakan selama 15 hari kerana menghina Islam apabila membenarkan pelajarnya menamakan anak patung beruang sebagai “Muhammad”.
Seorang penasihat Presiden, Mahjoub Fadl Badri memberitahu AFP, Gillian Gibbons dibebaskan hari ini selepas dua Ahli Parlimen Islam Britain, Lord Nazir Ahmed dan Baronness Sayeeda Warsi campur tangan.
“Gibbons diberi pengampunan hasil perantaraan Lord Nazir dan Baronness Sayeeda,” kata Mahjoub.
Jurucakap Presiden, Mahzopub Faidul berkata, Gibbons “dibebaskan hari ini dan berlepas pulang ke England pada hari yang sama.”
Gibbons, 54, dijatuhkan hukuman penjara selama 15 hari oleh sebuah mahkamah Sudan Khamis lalu kerana menghina Islam dengan membenarkan para pelajarnya menamakan anak patung beruang mereka “Muhammad” di sebuah sekolah Inggeris eksklusif di Khartoum.
Kedua-dua orang Ahli Parlimen Britain itu, yang merupakan anggota Dewan Pertuanan, telah menemui Omar di istana Presiden di sini hari ini bagi mendapatkan pengampunan untuk Gibbons.
“Presiden Omar memberitahu kami bahawa beliau telah menandatangani surat pengampunan untuk Gibbons,” kata Nazir.
Hukuman ke atas Gibbons menimbulkan kemarahan di Britain, mencetuskan krisis diplomatik antara London-Khartoum serta merenggangkan lagi hubungan dingin kedua-dua negara yang berpunca daripada konflik Darfur.
Dalam kenyataan yang diedarkan oleh Istana Presiden, Gibbons memohon maaf kerana menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan penduduk Sudan.
“Saya menghormati Islam dan tidak berniat menyinggung mana- mana pihak.
“Saya akan pulang ke Britain untuk menemui keluarga dan rakan-rakan saya dan meminta maaf kerana tidak dapat pulang semula ke Sudan,” kata Gibbons.
– AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment